Antara cinta dan persahabatan,
Andainya ku diberi pilihan untuk memilih di antara kedua-duanya,
Akan ku pilih kedua-keduanya,
Kerana bagiku ia sama bereti dan bernilai dalam hidupku..
Cinta...
Satu ungkapan yang belum pasti akan keindahannya,
Kerana di sebalik cinta itu,
Tersirat seribu kepahitan,
Pastinya akan merentap kedamaian jiwa,
Seorang pencinta setia,
Tatkala ikatan diundang kekecewaan...
Namun ia tetap betah menjemput semua jiwa,
Yang punya hati dan perasaan,
Hakikat yang tersimpan di sebalik anugerah ini,
Tak terungkap dengan bicara d bibir,
Tak tergambar dengan lakonan,
Begitu syahdunya kurniaan Allah,
Lahir dari hati seorang insan,
Berakal, beremosi, penyayang dan berperasaan...
Persahabatan...
Satu ikatan yang ikhlas lahir dari hati,
Keinginan yang ikhlas,
Bagi berkongsi tangis, tawa, kasih sayang serta keakraban..
Sesungguhnya sahabat adalah tempat berbicara setulusnya,
Tentang impian dan pengertian hidup ini...