Darkmiey86


nampak mcm Control je makan nie heheheh

Huuhuuu rmai jgak jemputan kawen dari kawan2 ana.... ptg semalam ana pegi knduri kawen kakak kepada kawan ana kat Quantan....kbetolan membe2 clasmate nak pg jgak ana pun join same lah rombongan ke Quantan....So ana nak ucapkan selamat pengantin baru lah...moge jdoh nie berkekalan hingga akhir hayat...
Darkmiey86

Sempene umat islam myambut kedatangan blan syawal nie, ana nak ucapkan selamat hari rye maaf lah kpada kawan2, Cousin n smue lah yg mengenali diri ana...kpada yg blik kampung tU, pandulah dengan berhati2 ingat lah orang yg TeR sayang...Dan harapan ana moge2 kite smue dapat berjumpe lg ngan rmadhan yg akan datang.....SELAMAT HARI RAYE
Darkmiey86
Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya."
Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."

Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah."
Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.
Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.
Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s."Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.
1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia. 2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia inginmendapat sanjungan dari manusia. 3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.
Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :


1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.

2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.

3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.

4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.

5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."
Darkmiey86
huuuuhh bleh tahan jgak lah bazar rmadhan kat Depan pejabat TNB Cukai..ana sempat jgak amik gambar hehehehhe
Jdi nasihat ana kat rakan2, membeli tu pilih lah gerai yg bersih dan jaganlah terlalu membazir dalam membeli juadah berbuka klo ikot nafsu smue nak makan terutama kaum hawa yang suka membeli hehehe


Sedap jgak nie lapar2 makan ayam pusing

Laku jgak air tebu pose2 EK
ape dia fikir agaknyer
kat bwah nie kwan ana jual air...jom kite pakat beli kat warung dia

mcm penyamung je brother nie jual air heheheheheh......tpi ape2 pun peniaga mesti pakai mask coz utk mengelakkan dari berjankit dgan virus H1N1, tempat awam mcm nie lah mudah terkene virus nie....
"SELAMAT BERPUASA"


Darkmiey86


Ptang tdi ana pergi ke dewan Belian utk mengambil anugerah pelajar terbaik 2008 SPM,,so ana wkil adik ana coz dia xdpat blik......skrang nie dia study kat UNITEN Bangi...tpi bleh tahan jgak lah Dearah cukai nie rmai jgak yg dpat anugerah tu so tahniah buat smue yg dpat.....
Darkmiey86
Amalan minum minuman keras@ arak menjdi trend mase kin lbih lagi kehidupan artis di kota Bandaraye Kuala Lumpur....malahan tidak merase bersalah atas perbuatan itu apetah lagi malu punn tiada....
gambar kat atas nie x seorg adik penyanyi terkenal jgak lah
kat bwah nie siap pose ngan botol arak

sape kakak nyer ekk??

nie koleksi arak
Ana rase patot lah Allah Taala menurunkan bala selseme babi tgok lah dunie akhir zaman mcm2 terjdi minum arak pun sdah mcm minum air Coke Mtak Allah sisih lah ana ngan kwan2 yg bace blog nie dri per buatan tersebut.....
Firman Allah Yg bermaksud..
“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Quran Al Maidah: Ayat 90).
Hadis....
Dan Nabi Muhammad SAW pernah melaknat mereka yang terbabit dengan arak melalui sabdanya.. “Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan:
(1) yang memerahnya,
(2) yang minta diperahkannya,
(3) yang meminumnya,
(4) yang membawanya,
(5) yang minta dihantarinya,
(6) yang menuangkannya,
(7) yang menjualnya,
(8) yang makan harganya,
(9) yang membelinya,
(10) yang minta dibelikannya.”
(Hadis riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)


Darkmiey86
Alahai remaja sekarang semakin berani minum arak lebih2 lagi dikalangan artis tempatan melayu yang beragama islam..........malahan menjdi satu kebanggaan remaja yang berdarah panas....dunia akhir zaman
jom tgok....




Comel nyer dia pose ngan botol win...adik sape nie...dgar kaknya artis terkenal???

Syok duk mlayan ngan kawan kat PUB

koleksi Arak
Dunia oh Dunia semakin hari semakin hanyut remaja kite yang berpunca dari ikutan budaya Barat malahann kalo x ikot arus tu akan dikatakan katinggalan zaman betol ke????
mcm gambar kat atas tu lah klo esok dia org mati mcm mane ekk???? sempatkah ia bertaubat kepada Allah????...jadi kemanakah pihak berkuase Jabatan Agama Islam Xkan nak berdiam sahaja???
Jdi kite duk fikir lah balik patot lah Allah turunkan Bala selseme babi @H1N1 kerana banyak sgat maksiat serta org yang membuat kerosakan atas muka bumi nie......Sedar lah Wahai manusia Arak itu adalah haram buat selama-lamnya melainkan akhirat esok2...sekarang nie kite tgok kematian virus selseme babi semakin meninkat tiap2 ari ana dgar mati je...


Setiap Yang Memabukkan Berarti Arak

Pertama kali yang dicanangkan Nabi Muhammad s.a.w. tentang masalah arak, iaitu beliau tidak memandangnya dari segi bahan yang dipakai untuk membuat arak itu, tetapi beliau memandang dari segi pengaruh yang ditimbulkan, iaitu memabukkan. Oleh kerana itu bahan apapun yang nyatanyata memabukkan berarti dia itu arak, betapapun merek dan nama yang dipergunakan oleh manusia; dan bahan apapun yang dipakai. Oleh sebab itu Beer dan sebagainya dapat dihukumi haram.

Rasulullah s.a.w. pernah ditanya tentang minuman yang terbuat dari madu, atau dari gandum dan sya'ir yang diperas sehingga menjadi keras. Nabi Muhammad sesuai dengan sifatnya berbincang pendek tetapi padat, maka didalam menjawab pertanyaan tersebut beliau sampaikan dengan kalimat yang pendek juga, tetapi padat: "Semua yang memabukkan berarti arak, dan setiap arak adalah haram." (Riwayat Muslim)

Dan Umar pun mengumumkan pula dari atas mimbar Nabi, "Bahawa yang dinamakan arak ialah apa-apa yang dapat menutupi fikiran." (Riwayat Bukhari dan Muslim).


Minum Sedikit

Untuk kesekian kalinya Islam tetap bersikap tegas terhadap masalah arak. Tidak lagi dipandang kadar minumannya, sedikit atau banyak. Kiranya arak telah cukup dapat menggelincirkan kaki manusia. Oleh kerana itu sedikitpun tidak boleh disentuh. Justru itu pula Rasulullah s.a.w. pernah menegaskan:

"Minuman apapun kalau banyaknya itu memabukkan, maka sedikitnya pun adalah haram." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Tarmizi)

"Minuman apapun kalau sebanyak furq [9] itu memabukkan, maka sepenuh tapak tangan adalah haram." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Tarmizi)



Memperdagangkan Arak

Rasulullah tidak menganggap sudah cukup dengan mengharamkan minum arak, sedikit ataupun banyak, bahkan memperdagangkan pun tetap diharamkan, sekalipun dengan orang di luar Islam. Oleh kerana itu tidak halal hukumnya seorang Islam mengimport arak, atau memproduser arak, atau membuka warung arak, atau bekerja di tempat penjualan arak.

Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. pernah melaknatnya, iaitu seperti tersebut dalam riwayat di bawah ini: "Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerasnya, (2) yang minta diperaskannya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya." (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)

Setelah ayat al-Quran surah al-Maidah (90-91) itu turun, Rasulullah s.a.w. kemudian bersabda: "Sesungguhnya Allah telah mengharamkan arak, maka barangsiapa yang telah mengetahui ayat ini dan dia masih mempunyai arak walaupun sedikit, jangan minum dan jangan menjualnya." (Riwayat Muslim)

Rawi hadis tersebut menjelaskan, bahawa para sahabat kemudian mencegat orang-orang yang masih menyimpan arak di jalan-jalan Madinah lantas dituangnya ke tanah.

Sebagai cara untuk membendung jalan yang akan membawa kepada perbuatan yang haram (saddud dzara'ik), maka seorang muslim dilarang menjual anggur kepada orang yang sudah diketahui, bahawa anggur itu akan dibuat arak. kerana dalam salah satu hadis dikatakan: "Barangsiapa menahan anggurnya pada musim-musim memetiknya, kemudian dijual kepada seorang Yahudi atau Nasrani atau kepada tukang membuat arak, maka sungguh jelas dia akan masuk neraka." (Riwayat Thabarani)


Seorang Muslim Tidak Boleh Menghadiahkan Arak

Kalau menjual dan memakan harga arak itu diharamkan bagi seorang muslim, maka menghadiahkannya walaupun tanpa ganti, kepada seorang Yahudi, Nasrani atau yang lain, tetap haram juga.

Seorang muslim tidak boleh menghadiahkan atau menerima hadiah arak. Sebab seorang muslim adalah baik, dia tidak boleh menerima kecuali yang baik pula.

Diriwayatkan, ada seorang laki-laki yang memberi hadiah satu guci arak kepada Nabi s.a.w., kemudian Nabi memberitahu bahawa arak telah diharamkan Allah. Orang laki-laki itu bertanya:

Rajul: Bolehkah saya jual?
Nabi: Zat yang mengharamkan meminumnya, mengharamkannya juga menjualnya.
Rajul: Bagaimana kalau saya hadiahkan raja kepada orang Yahudi?
Nabi: Sesungguhnya Allah yang telah mengharamkan arak, mengharamkan juga untuk dihadiahkan kepada orang Yahudi.
Rajul: Habis, apa yang harus saya perbuat?
Nabi: Tuang saja di selokan air. (Al-Humaidi dalam musnadnya)


Tinggalkan Tempat Persidangan Arak

Berdasar sunnah Nabi, orang Islam diharuskan meninggalkan tempat persidangan arak, termasuk juga berduduk-duduk dengan orang yang sedang minum arak.

Diriwayatkan dari Umar r.a. bahawa dia pernah mendengar Rasulullah s,a.w. bersabda: "Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah duduk pada suatu hidangan yang padanya diedarkan arak." (Riwayat Ahmad)

Setiap muslim diperintah untuk menghentikan kemungkaran kalau menyaksikannya. Tetapi kalau tidak mampu dia harus menyingkir dan menjaga masyarakat dan keluarganya.

Dalam salah satu kisah diceriterakan, bahawa Khalifah Umar bin Abdul Aziz pernah mendera orang-orang yang minum arak dan yang ikut menyaksikan persidangan mereka itu, sekalipun orang yang menyaksikan itu tidak turut minum bersama mereka.

Dan diriwayatkan pula, bahawa pernah ada suatu kaum yang diadukan kepadanya kerana minum arak, kemudian beliau memerintahkan agar semuanya didera. Lantas ada orang yang berkata: 'Bahawa di antara mereka itu ada yang berpuasa.' Maka jawab Umar: 'Dera dulu dia!'. Apakah kamu tidak mendengarkan firman Allah yang mengatakan;

“Sungguh Allah telah menurunkan kepadamu dalam al-Ouran, bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah ditentangnya dan diejeknya. Oleh kerana itu jangan kamu duduk bersama mereka, sehingga mereka itu tenggelam dalam omongan lain, sebab sesungguhnya kamu kalau demikian keadaannya adalah sama dengan mereka.” (an-Nisa': 140)