Darkmiey86

seorg wanita terpaksa diangkat Ya Allah peritt nyerr derita yg dilalui

Seorang aktivis wanita yg menekup muka nya menahan kesakitan akibat ditembak oleh tentere rejim Israil di Ramallah





terkini Ismail Haniah meminta Setiausaha Agung PBB agar campur tangan dengan memberikan perlindungan antarabangsa kepada para aktivis armada pembebasan. HAMAS menyeru kepada semua penduduk dunia agar mengadakan tunjuk perasaan di hadapan kedutaan Israel di seluruh dunia selepas Israel serang konvoi GAZA.
  • Senarai nama rakyat Malaysia yang terlibat konvoi untuk misi bantuan kemanusian ke GAZA ialah :
  1. Noorazman Bin Mohd Samsuddin (Ketua Misi)
  2. Dr Mohd Arba’ai Bin Shawal
  3. Dr S Muhamad Haleem Bin S Hassan
  4. Dr Selamat Bin Aliman
  5. Jamuliddin Bin Elias (Yayasan Amal Malaysia)
  6. Al Hami Husain Bin Suhaimi
  7. Mohd Nizam Bin Mohamad (Wakil Media)
  8. Abd Halim bin Mohamed Redzuan (Wakil Media)
  • 09.50 malam (Terkini dari Gaza): Jamaludin Alias, wakil Yayasan Amal berada dalam kapal(Marvi Marmara yang diserang Israel). Kesemua ada 8 org rakyat Malaysia, 6 sukarelawan, 2 wartawan. NGO terlibat.
  • Seorang wartawan dan seorang jurukamera stesen televisyen Astro Awani dalam kapal Turki “Mavi Marmara” yang diserang tentera Israel pagi ini dalam misi bantuan ke Gaza, belum diketahui. Seorang pegawai stesen televisyen itu berkata mereka cuba menghubungi wartawan Ashwad Ismail, 25, dan jurukamera Shamsul Kamal Latip, 38, sejak 11 pagi tadi tetapi tidak berjaya.
  • 09.45 pagi, Mesir/Palestin : Penduduk Turki yang cuba merempuh bangunan konsul Israel di Istanbul kini mengepung semula bangunan konsul Israel.
  • 08.40 pagi, Mesir/Palestin : Lanun (angkatan tentera laut Israel) telah menguasai armada pembebasan dan kapal-kapal armada ditunda(dibawa) ke pelabuhan Ushdud, Israel. Maaf jika kami menggunakan istilah ‘lanun’. Berita yang sebenar tidak menyatakan lanun tetapi kami sendiri melabelkan Israel, ‘lanun’.
  • Jumlah yang korban dalam serangan Israel ke atas armada pembebasan seramai 16, manakala cedera dan luka parah dalam lingkungan 32 orang. Dinyatakan lagi, dari jumlah yang terkorban, 9 adalah Turki dan baki dari Negara Arab. Kapal-kapal yang dikuasai lanun akan tiba di pelabuhan Ushdud, Israel dalam masa dua jam lagi.
  • 08.40 pagi, Mesir/Palestin : Suasana marah di Semenanjung Gaza berikutan serangan kejam Israel ke atas armada pembebasan.
  • Menurut Timbalan Ketua Gerakan Islam 1948 Palestin, penjajah meningkatkan bantuan ketenteraan di utara Tebing Barat berikutan berita mengenai Syeikh Raed Salah yang luka parah dalam serangan Israel.
Inalillah Wainnailaihirajiunn mari lah kite same2 sedekahkan Al Fatihah buat mereka yg terkorban perit nyer derita yg dialami..bilakah kesudahannyaa??
0 Responses