Darkmiey86
huhu bru2 nie ana search kat youtube ana tgok pkra plik berlaku kat indonesia tpi x tau lah kjadian tu btol ke tdak.............terserah lah kat antum smue nak cye ke x...... kat bwah nie ana prasan mcm bibk muka mnusia.........

nak tgok dgan jelas lg search saje kat laman web youtube...........
Darkmiey86
kalau nk ikut dalam sunnah pn nb saw xaja ucapkan salm ngn lfz salam je, org kristian smpaikn salam ngn lafaz syalom mksdnya salam.p islam complete set,bg slm ngn poskod,salam 2 doa,p ibarat surat tnpa poskod.islam aja doa ngn poskod skali, asslmualaikum "salam ke atsmu." so klo kita just kata salam je, sm ngn kristian la dari sudut mkna, so wat? jd klo rs cadangn utk lari dari ikutan agama lain, but the result is still like b4 kn?kte ttp ikut budaya agm lain. sbut salam sj sm mcm sbut shalom dlm agm kristien,p xsm if kita sbut aslmualaikm.salam 2 doa,p klo xnk bsungguh dlm doa,bek xyah doa.xbermanfaat.rs nk bmudah2 dlm doa hanya mnjadikn seseorg sombong pd allah.na'uzubillahi min zaalik.astaghfirullah.wallahu a'lam.den kalam ni lak "UTK ELAKKN DARI DIRI BUAT DOSA YG XDISENGAJAKN" kita sedia mklum y allah xkn bebankan kita pd suatu bnde y kita xmmpu.xtahu tmasuk xmmpu.firman allah y jelas "la yukallifullahu nafsan illa wus'aha" jd tiada dosa if kita xtahu, so if xsgaja, allah xkn bebankan kita ngn dosa, allah bkn r zalim.ngatlah setiap bnde y kita wat bgantung pd niat kita, dan niat itulah y allah kira, sabda nabi saw "innamal a'maalu binniyaat" so if kita wat sesuatu kita xbniat sperti itu so allah xkira sbg dosa, mcm cth ucapan "bye" dah jd 'uruf kita.sbgmn memakai baju kot dan tai "tali leher" tlh mnjd 'uruf dunia y d benarkan.asalnya budaya mat saleh kn?p syara' mmbenarkan.ia tgolong dlm'uruf y d bolehkan.sila rujuk fatwa dr yusuf qardawi. sekadar utk penetilian bersama, if btul pkataan bye itu adat paderi@jarum suntikan kristien, so knapa xdi huraikan oleh para pgkaji agama kristien oleh ulama pbandingn agama kita?sbg cth sheikh ahmad deedath dan dr zakir naik, sdgkan klo btul spt y d perkatakan, so isu ni serius,p knapa xde perbahasannya d kalangn ulama kita?adakah ulama kita xteliti?jwpn sy adalah mustahil ulama bsifat spt itu, jd ble pbahasannya xde, mknanya hal ni, mrupakan hal y sgaja d perbesarkan. pdahal xde pe2pn.klo x, ulama pasti dah awal2 bangkit utk mgetengahkan hal ni utk d bncangkan sesama mereka. inilah sifat para ulama. wallahu
Darkmiey86



uh.....ejin nie bleh tahan jgak lah.....

enjin 16a vtec.........
Darkmiey86

RAMAI berkata mengatasi ketagihan rokok jauh lebih payah dari berhenti menagih dadah. Perkara ini diakui pakar perubatan dan bekas penagih. Walaupun tahu merokok membahayakan kesihatan seperti menyebabkan kanser paru-paru dan mulut dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD), tetapi ramai yang tidak mampu melawan pengaruh nikotin ke atas otak.

Jika anda perasan, antara garis panduan umum untuk mengelakkan penyakit atau mengekalkan kesihatan yang diberikan mana-mana doktor ialah berhenti merokok. Ini kerana merokok boleh menjadi agen perangsang kepada pelbagai masalah kesihatan dan penyakit kronik.

Mungkin hanya perokok saja yang tahu kemanisan merokok. Secara rasionalnya kita masih tercari-cari di mana manisnya merokok terutama di kalangan wanita. Tanpa sedar ia bukan saja membakar wang dan kesihatan tetapi turut menyebabkan gigi kuning dan berkarat - yang mencacatkan kemanisan senyuman!

Selain itu ada lebih 10 sebab mengapa anda perlu berhenti merokok. Masih ada masa untuk menyambut tahun baru dengan perubahan positif yang memberi manfaat kepada semua orang terutama diri sendiri dan orang tersayang.


  • Alzheimer - Merokok menyebabkan fungsi otak merosot lima kali lebih cepat terutama bagi perokok berumur. Berdasarkan kajian ke atas 9,200 perokok lelaki dan wanita berumur 65 tahun ke atas yang disiarkan dalam jurnal Neurologi, didapati fungsi otak perokok merosot lebih cepat walaupun mereka tidak mempunyai sejarah keluarga mengalami masalah dementia (nyanyuk).

    Bagaimana ini boleh berlaku? Merokok memberi kesan kerosakan berpanjangan terhadap salur darah, menyebabkan darah boleh membeku yang meningkatkan risiko serangan strok dan kemerosotan daya ingatan.

  • COPD dan kanser paru-paru - Satu-satunya punca kepada dua penyakit kronik ini ialah rokok. Risiko penyakit ini boleh dikurangkan dengan berhenti merokok seawal mungkin. Perokok tegar yang merokok sejak muda akan mengalami kerosakan paru-paru yang lebih teruk dan sedihnya kerosakan ini tidak boleh dipulihkan. Ada banyak kes pesakit terpaksa bergantung kepada bekalan gas oksigen untuk bernafas yang perlu dibayar dengan harga mahal sedangkan kita sememangnya dikelilingi oksigen percuma!

  • Kanser mulut - Banyak kajian menunjukkan antara punca utama kanser mulut ialah merokok selain tabiat makan sirih. Risiko kanser mulut akan hilang jika anda berhenti merokok dan semua masalah lain seperti ulser juga akan sembuh.

  • Lupus - Sistemik Lupus Eritematosus atau lupus adalah penyakit auto imun di mana sistem imun tersilap tafsir dan menganggap badan sendiri sebagai bahan asing yang perlu dihapuskan. Ini adalah penyakit auto imun yang kronik dan boleh mengakibatkan keradangan, kesakitan dan kerosakan tisu badan.

    Penyelidik Universiti Harvard mendapati perokok mempunyai risiko yang agak tinggi untuk mendapat lupus. Ini bukanlah penemuan yang menghairankan kerana asap rokok mengandungi lebih 4,000 jenis racun yang boleh menukar mana-mana fungsi badan termasuklah sistem imun. Bagaimanapun risiko ini boleh dihilangkan dengan berhenti merokok.

  • Sindrom bayi mati mengejut (SIDS) - Kajian yang dijalankan penyelidik Eropah ke atas 2,400 bayi mendapati daripada 745 kes SIDS, kurang daripada separuh (50 peratus) kematian disebabkan bayi tidur meniarap atau mengiring. Hampir 16 peratus kematian dikaitkan tidur bersama ibu terutama yang merokok dan risikonya dikatakan 17 kali ganda lebih tinggi.

  • Bayi alami masalah sakit perut - Pendedahan kepada asap rokok boleh meningkatkan risiko masalah kolik atau sakit perut. Inilah rumusan dari lebih 30 kajian di seluruh dunia. Masalah sakit perut bermula beberapa minggu selepas bayi dilahirkan dan kes paling tinggi dicatatkan apabila bayi berumur lima hingga lapan minggu yang boleh berlarutan sehingga umur mencapai empat bulan.

    Asap rokok boleh menaikkan paras hormon dalam darah dan usus yang dipanggil motilin. Hormon ini akan membuat pengecutan otot perut dan usus menjadi laju; yang secara tidak langsung mempercepatkan pergerakan makanan. Inilah sebabnya bayi boleh mengalami sakit perut dan berasa tidak selesa.

  • Risiko mati pucuk - Pasti ada perokok yang mendakwa walaupun kuat merokok, mereka tetap ramai anak. Itu bagi perokok yang bertuah dan anda perlu bersyukur dikurniakan cahaya mata. Kurniaan itu seharusnya dipelihara sebaiknya dengan tidak mendedahkan anak-anak anda kepada racun asap rokok.

    Prestasi di bilik tidur memang penting bagi lelaki dan untuk mengekalkannya, anda perlu berhenti merokok. Soal selidik ke atas hampir 5,000 lelaki di China mendapati mereka yang merokok lebih sekotak sehari mempunyai kecenderungan sebanyak 60 peratus mengalami masalah mati pucuk berbanding bukan perokok.

    Secara keseluruhan 15 peratus perokok mengalami masalah ereksi berbanding 12 peratus lelaki tidak merokok seperti yang dilaporkan dalam Seminar Pencegahan dan Epidemiologi Penyakit Kardiovaskular di Miami, Amerika Syarikat.

    Mati pucuk bukan sekadar masalah di bilik tidur saja. Ia sebenarnya menjadi petanda paling penting kepada pelbagai masalah kesihatan lain dan merokok akan menyebabkan tahap kesihatan anda bertambah buruk.

  • Hilang penglihatan - terutama perokok berumur. Perokok mempunyai risiko empat kali lebih tinggi untuk menjadi buta disebabkan kemerosotan makular akibat penuaan. Lebih 25 peratus kes kemerosotan makular yang boleh membawa kepada kebutaan berkaitan dengan tabiat merokok. Berhenti merokok boleh merendahkan risiko ini dan memanjangkan hayat penglihatan anda.

  • Artritis Reumatoid - Individu yang mempunyai genetik lemah akan lebih mudah mendapat artritis reumatoid jika mereka merokok. Kajian penyelidik Sweden mendapati risikonya ialah 16 kali lebih tinggi berbanding individu tidak merokok.

  • Berdengkur - Masalah yang memalukan ini biasanya lebih buruk di kalangan perokok. Bahkan pasangan anda yang tidak merokok juga akan mendapat kesannya. Lebih 24 peratus perokok tidur berdengkur berbanding 20 peratus kumpulan yang sudah berhenti merokok dan hanya 14 peratus bagi golongan tidak pernah merokok.

    Perokok sekunder (orang yang tidak merokok tetapi terdedah kepada asap rokok) juga mendapat tempiasnya. Kajian mendapati 20 peratus individu yang menghidu asap rokok di rumah berdengkur.

  • Kanser payudara - Wanita yang mula merokok sebelum berumur 20 tahun atau sekurang-kurangnya lima tahun sebelum mereka hamil dan merokok bagi tempoh yang lama mempunyai risiko yang jauh lebih tinggi untuk mendapat kanser payudara.

    Kadar kelaziman kanser payudara di kalangan perokok dan perokok sekunder ialah 30 peratus dan ini adalah jumlah yang membimbangkan kerana jumlah perokok wanita kian bertambah setiap tahun. Kanser payudara pula adalah antara penyakit yang belum ada cara untuk mencegahnya.

    Biasanya ibu amat marah dan kecewa jika bayi mereka digigit nyamuk tetapi ramai yang tidak sedar dengan merokok mereka sebenarnya mendedahkan anak kesayangan kepada lebih banyak ancaman kesihatan. Jadi jika anda benar-benar sayangkan anak, berhentilah merokok.
  • Darkmiey86

    Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga. Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan? Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela.


    Kelebihan wanita
    1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

    2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

    3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

    4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

    5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

    6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

    7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

    8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

    9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

    10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

    11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

    12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

    13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

    14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

    15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

    16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

    17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

    18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

    19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

    20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

    21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

    22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

    23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

    24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

    Hadis nabi mengenai wanita:
    Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

    WALLAHU'ALAM

    Darkmiey86

    Aduhai remajaku,

    Tanyalah pada diri sendiri,

    Apakah zaman yang paling kau gemari,

    Zaman kemuncaknya segala kenikmatan,

    Terlalu suka berseronok,

    Hinggakan lupa kepada Yang Mencipta,

    Tentulah ketika dizaman remaja.

    Mereka memiliki segalanya,

    Kesihatan tubuh badan,

    Kecantikan paras rupa,

    Kelapangan masa,

    Dan timbunan harta benda.

    Tetapi alangkah sedihnya,

    Segalanya itu disalahertikan,

    Untuk tujuan yang sia-sia.

    Engkau diberikan nikmat kesihatan tubuh badan,

    --Tetapi digunakan untuk melanggari perintahNya.

    Engkau dianugerahkan kecantikan/ketampanan,

    --Tetapi disalahgunakan untuk mencari pasangan.

    Engkau dibekalkan masa yang lapang,

    --Tetapi disia-siakan dengan enjoy disana-sini.

    Engkau diamanahkan wang/harta oleh ibubapa,

    Untuk dimanfaatkan sewaktu belajar,

    --Tetapi dibazirkan dengan membeli barang yang

    tidak berfaedah..



    Akan tetapi, alangkah bahagianya hidup,

    Jika dirimu menjadi remaja yang bertaqwa.

    Engkau curahkan segala usia mudamu,

    Untuk berbakti kepada yang Maha Esa.

    Jadikanlah…

    Islam sebagai pegangan hidupmu,

    (bknnya ikut cara Barat)

    Nabi Muhammad sebagai idolamu,

    (bknnya britney, siti, AF2 @ ntah sape2x ntah)

    Allah sebagai tempat kau mengadu,

    (bknnya depan pakwe makwe)

    Darkmiey86



    1 . Bulu kening
    Menurut Bukhari " Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur (menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening) "

    Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari

    2 . Kaki ( tumit kaki )
    " Dan janganlah mereka ( perempuan ) membentakkan kaki ( atau mengangkatnya) agar diketahui perrhiasan yang mereka sembunyikan "

    An-Nur : 31

    a ) menampakkan kaki
    b ) menghayungkan/melenggokkan badan mengikut hentakkan kaki

    3 . Wangian
    " Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya , maka wanita itu telah dianggap melakukan zina
    dan tiap-tiap mata ada zina "

    Riwayat Nasaii , Ibn Khuzaimah dan Hibban

    4 . Dada
    " Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka "

    An-Nur : 31

    5 . Gigi
    " Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya "

    Riwayat At-Thabrani

    " Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya
    supaya menjadi cantik ,yang merubah ciptaan Allah "

    Riwayat Bukhari dan Muslim

    6 . Muka dan leher
    " Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu "
    a ) bersolek ( make-up )
    b ) menurut Maqatil : Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah

    7 . Muka dan Tangan
    " Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis . Sabda Rasullulah :
    Wahai Asma ! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja "

    Riwayat Muslim dan Bukhari

    8 . Tangan
    " Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya "

    Riwayat At Tabrani dan Baihaqi

    9 . Mata
    " Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya "

    An Nur : 31

    Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya . Kamu hanya boleh pada pandangan yang pertama , ada pun pandangan seterusnya tidak dibenarkan "

    Riwayat Ahmad , Abu Daud dan Tirmidzi

    10 . Mulut ( suara )
    " Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya , tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik "

    Al Ahzab : 32

    " Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain , iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi
    perempuan , maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi "

    Riwayat Ibn Majah

    11 . Kemaluan
    " Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin , hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (jangan berzina) "

    An Nur : 31

    " Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu , puasa di bulan Ramadhan , menjaga kemaluannya (tidak berzina) dan menta'ati suaminya , maka masuklah ia kedalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya "

    Riwayat Al Bazzar

    " Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan dirumah suaminya , melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah "

    Riwayat Tirmidzi , Abu Daud dan Ibn Majah

    12 . Pakaian
    " Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan dihari akhirat nanti "

    Riwayat Ahmad , Abu Daud , An Nasaii dan Ibn Majah

    " Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat . Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya "

    Riwayat Bukhari dan Muslim

    a ) Berpakaian tipis / jarang
    b ) Berpakaian ketat / membentuk
    c ) Berpakaian berbelah / membuka bahagian-bahagian tertentu

    " Hai nabi-nabi katakanalah kepada isteri-isterimu , anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab ( baju labuh dan loggar ) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu . Allah maha pengampun lagi maha penyayang "

    Al Ahzab : 59

    13 . Rambut
    " Wahai anakku Fatimah ! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu
    menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya "

    Riwayat Bukhari dan Muslim

    " Bagi wanita-wanita yang memelihara dirinya dan menta'ati suaminya , segala makhluk, burung yang terbang , ikan dilaut , malaikat dilangit , matahari dan bulan dan lain-lain memohon keampunan Allah untuknya "


    Wassalam..

    ______________________________________________________
    Lukman Al-Hakim berkata :

    Hai anakku! Apabila engkau berteman, jadikanlah dirimu orang yang tidak pernah mengharapkan daripadanya. Namun biarlah dia mengharapkan sesuatu daripadamu.
    Darkmiey86
    huh bos wtpe tenung lame2.......dah b'knan bli je lah pkai....
    tpi rye dah lpas.....myb bju crismes ko....hehehheheeh jgan mrahhhhh
    nanti cpat tue....:p
    Darkmiey86
    nie sesi pembhagian dging lembu.......hahahahhahahha


    huh ini lah yg sempat ana amik gmbr mse raye hji bru nie....agak meriah jgak suasane pd hri 2....
    tpi ada jgak sekor lembu mati coz terjerut leher kot kuat sgat bdak2 nie trik agaknyer,,,,,,,,,,,,
    Darkmiey86
    esok 8hb dis 2008 adalah hari rye qurban so ana nak wish kan slamat hari rye aidiladha@ rye haji kat smue pembace blog ana yg beragama islam mge2 mdpat kerahmatan smue amin.....ble gliran ana nak pg hj ek????
    Darkmiey86
    oh lupe mak sdare n czen ana sdang amik vdeo...hahahhaa plakon keje amik vdeo je.....
    yg bju mlayu ptih 2 bkal dikhatan kan heheheheh..........bhaye......
    nie bdadari.............smue czenn.......cmel x???????
    ni acara perarakan sblum dkhatan........
    alhamdulillah majlis ini berjalan dengan lancar bertempat rmah rhat kat ptai batu hitam........
    tpi skrg mdah khtam pkai lazeer......dlu huh nak sembuh pun 1blan skrg 3hri pun dak pkai sluar................
    Darkmiey86

    slamt pengantin baru buat ieyna nmge2 kekal ke anak cucu